Monday, May 14, 2012

Notes of 62 Years of Nakbah Palestine- WTF is ISRAEL?




















   




BERSEMPENE DGN EXAM CS ESOK, GUA NAK BUAT AMAL IBADAT, BAGI ILMU KAT LU READERS PASAL NAKBAH PALESTINE.. PLEASE READ, SBB KORG BUKAN PANDAI SGAT PUN.HAHAHA WISH ME LUCK ON EXAM TODAY BUDDY..CHEERS







Apa itu Nakbah?
NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Apa kesan awal utama Nakbah ?
  • Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  • Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  • 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Di manakah testimoni Nakbah?
Terlalu ramai dan banyak…..
Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,
“Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.
Kem Pelarian Nahrul Barid, Lubnan 1948
Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?
1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.
3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.
6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.
7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.
8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.
Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?
  • PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ‘The Solomon Temple‘.
  • Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  • Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.
Synagogue Yahudi yang baru dirasmikan, jaraknya 100 meter dari Qubbatus Sahra
Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?
Tidak!
Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?
1. Kegagalan mereka untuk membina ‘The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.
Perjuangan sudah sebati dengan kehidupan rakyat Palestin
Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?
Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…
1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
3. Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
5. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.
Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:
“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)
MONDAY MAY 14TH 2012

Damn. i felt empty inside my heart..my half is missing today..what should i do to make things normal? .as i guess time will heal me and  everything. No matter what, just keep calm..gua exam esok..dah last year dah ni.

Sunday, May 13, 2012

siri 3.0- bukan bersih- gua tak sokong bende nonsense- ni pasal highlight penjenayah high profile Malaysia.enjoice guys
 
                                   Mat Komando a.k.a Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
                                                 

                                         -Mat Komando yang tak Koman-

Dipondok inilah Mat Komando di tembak mati
pada Subuh 12 Sept. 2002 dalam Ops. Api Sawit 2


PAGI itu penduduk Kampung Hujung Keton di pedalaman Pendang, Kedah, gempar. Mereka terkejut bukan kerana kampung itu diceroboh kumpulan gajah liar. Mulanya mereka sangka ia bunyi senapang patah penduduk kampung menembak musang yang mencuri ayam. Tidak mungkin pula tuan punya dusun menembak tupai seawal pukul 6.30 pagi. Tembakan itu berlarutan beberapa ketika sebelum terhenti. Selepas itulah baru cerita sebenar muncul.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2 sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. ramai yang tidak percaya kerana tersebar khabar angin kononnya dia  berjaya menyusup keluar dari negara ini pada waktu berkenaan.
Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit Tindakan Khas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari. Berita Mat Komando mati ditembak oleh polis cepat tersebar ke Kampung Tok Sheikh dan Kampung Cina yang terletak tidak jauh dari situ. Ia kemudian menjadi buah mulut di Kubur Panjang, pekan Pendang dan akhirnya sampai ke Alor Setar dan Kuala Lumpur sebelum pukul 9 pagi.

Berita Mat Komando atau nama betulnya Ahmad Md. Arshad, 37, mati ditembak menjadi lebih sahih apabila pihak polis memaklumkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai sendiri akan mengadakan sidang media di Alor Setar pada pukul 11 pagi.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya, Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar Harian Metro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.
Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu. Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.
Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil, selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.
Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis. Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22; beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 pada badan Mat Komando, pagi itu. Ketika diburu , polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).
Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar, Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1 Januari 2002.

Nama Mat Komando mula popular apabila dia diburu polis kerana mengetuai kumpulan perompak 13 yang terlibat dalam 52 rompakan bersenjata di beberapa buah cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), bank-bank komersial lain dan para pemborong kelapa sawit. Polis segera melancarkan operasi khas yang dinamakan ``Ops Api Sawit'' untuk memberkas anggota-anggota kumpulan perompak itu.

Pada awal Januari lalu, Mat Komando terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada ``bercuti'' bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Abang ipar Mat Komando bagaimanapun mati ditembak di dalam operasi itu sementara dua lagi rakan mereka ditembak di Bukit Selambau pada hari yang sama. Seorang rakannya bersama teman wanita diberkas ketika berada di dalam bilik hotel peranginan itu.

Mat Komando hilang dalam Hutan Simpan Pedu yang bersempadan dengan Thailand. Dia dikatakan sudah biasa dengan kawasan itu kerana pernah terlibat dalam operasi di situ semasa berkhidmat sebagai anggota komando tentera dahulu.

Operasi besar-besaran diperhebatkan dengan bantuan unit udara polis, anjing pengesan dan Pasukan Gerak Am (PGA) termasuk pasukan Senoi Praaq yang mahir dengan selok-belok hutan.

``Selagi ada air dan terdapat benda bergerak di dalam hutan, anggota komando boleh hidup,'' kata seorang rakan Mat Komando yang pernah menjadi pegawai tentera di dalam unit komando.

Ketika operasi giat dijalankan di Hutan Simpan Pedu, seorang anggota kumpulan itu muncul di Pejabat Utusan Alor Setar untuk menafikan dia bukan lagi buruan polis walaupun gambarnya masih tertera di dalam carta kumpulan perompak 13. Malangnya, lelaki berusia lewat 50-an itu ditangkap polis keesokannya setelah gambarnya terpampang di muka depan Utusan Malaysia. Dia kini menghadapi tuduhan memiliki dan mengedar harta curi Kumpulan 13 dan telah pun dihadapkan ke mahkamah di Selangor.

Operasi polis bagi mengesan Mat Komando di hutan Pedu pada awal tahun iti dihentikan selepas kira-kira 10 hari Mat Komando tidak gagal dikesan. Polis pada mulanya begitu optimis penjenayah licik itu mampu ditumpaskan dalam masa beberapa hari sahaja!

Selepas operasi mengesannya diberhentikan, nama Mat Komando seakan-akan lenyap sehinggalah dia muncul semula enam bulan kemudian di Gemas Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan polis. Benarkah Mat Komando mempunyai ilmu batin hingga kerap dapat terlepas daripada kepungan polis? Inilah yang kerap ditanya orang.

Mat Komando, anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya selama dua tahun.

Walaupun begitu, pengalaman dalam bidang ketenteraan telah digunakan dalam ``kerjaya'' terbarunya itu sebelum dia menemui ajal pada pagi Khamis lalu. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas.

Penglibatannya dalam kegiatan jenayah dikatakan bermula semasa dia bekerja sebagai pemandu lori. Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara.

``Kadang-kadang dia menjadi pendiam,'' kata seorang saudara terdekatnya ketika ditemui pemberita Mingguan Malaysia di Baling.

Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara-maranya walaupun nilainya tidak seberapa. Dia pernah membawa pulang wang sebanyak RM20,000 untuk keluarganya dengan memberitahu ia adalah hasil menang loteri. ``Kami semua tidak percaya kerana dia bukanlah kaki judi,'' katanya.

Wang itu digunakan untuk menambah ruang rumah dan membeli motosikal. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran.

Menurut saudaranya lagi, walaupun Mat Komando mempunyai wang yang banyak, dia tidak menunjuk-nunjuk, tidak berlagak ataupun memperlihatkan kemewahan hidup seperti orang lain. Dia berpakaian biasa, malah kadangkala baju yang dipakainya agak lusuh. Seperkara yang menarik, dia kerap melawat saudara-maranya setiap kali balik ke kampung atau menziarah anggota keluarga yang sakit.

Setelah tiga orang rakan termasuk abang iparnya ditembak mati dan beberapa orang suruhannya ditangkap, Mat Komando mulai bimbang. Dia berasa dirinya keseorangan. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah di Gemas, Negeri Sembilan juga akhirnya menjadi musuh.

Menurut pihak polis, Mat Komando dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru-baru ini. Shukri yang dibelasah dengan teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Pemberita dan jurugambar Mingguan Malaysia bersama jurugambar akhbar The Star juga pernah dikejar dengan parang oleh seorang lelaki tua yang berada di sebuah pondok ketika mereka membuat susulan mengenai kejadian itu.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agak melepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.
Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan’ Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan. Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.
Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmu selisih’ yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari polis walaupun dikepung. Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabila dikategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering’ apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng. Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.
Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akan merompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.
Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.
Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yang paling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati. Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran. Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

Gerakan memburu Mat Komando diperhebatkan semula di sekitar daerah Kuala Muda, Baling, Sik dan Pendang kerana dia disyaki berlegar di tiga atau empat daerah itu. Dia dikatakan ingin balik ke rumah isterinya di Baling untuk melihat dan merenung buat kali terakhir anak tunggalnya yang cacat.

Walaupun Mat Komando dikehendaki polis, dia amat sayang kepada anak lelakinya itu.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Mat Komando akhirnya rebah setelah dua butir peluru polis menembusi kepala dan rusuk kirinya pada subuh hening Khamis lalu.

Sebelum itu, dia dikatakan pernah berpesan kepada isterinya Faridah Md. Piah supaya menyiapkan kain putih untuknya kerana dia tidak akan menyerah diri sama sekali. Mat Komando mati pada pagi Khamis lalu kerana prinsipnya itu.


INFO
Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad

ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.

GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.

KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2

GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.

JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.

KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

Saturday, May 12, 2012

SIRI 2.0 - MENGENAL PENJENAYAH2 TERKENAL MALAYSIA


Kia Ora,
Rajin plak gua update blog ni kan..padahal internet lembab gile..okeh..gua nak sambung higliught entry gua pasal culprit2 yg penah ade kat Msia ni..kalau ikutkan dorang ni awesome, tapi salah langkah sket..xdehal..dah mati pun..so enjoy your horrible life there nigger..kali ni kite sembang pasal Botak Chin, after yg 2 tahun lepas pasal Amin Al-Maunah..enjoice noggie.. 


                                               BOTAK CHIN a.k.a Wong Swee Chin


Pada 22 November 1975 ketika malam mula berlabuh sekumpulan lelaki melangkah masuk ke dalam sebuah kereta Datsun hijau. Sebaik enjin dihidupkan, mereka memandu menyusuri jalan penuh liku di ibu kota Kuala Lumpur.

Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan.

Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.

Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.

Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.

Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.

Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.

Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.

Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.

Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.

Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu.

Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.

Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.

Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.

Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara. Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki. Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.

Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.

16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.

Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.

Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.

Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.

Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.

Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.

Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.

Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.

Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.

Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.

Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.

Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.

Botak Chin

Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali.

11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.

Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.

Botak Chin
Kronologi Botak Chin: Hasil rompakan diguna beli senjata api di Thailand

1967 – Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri.

19 April 1969 – Melakukan rompakan bersenjata pertama bersama tiga rakan.

September 1969 – Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.

November 1974 – Dibebaskan daripada penjara. Cuba memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya.

April 1975 – Kurang setahun selepas dibebaskan, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).

Mei 1975 – Pergi ke Thailand dengan bantuan rakan untuk membeli senjata api.

2 Jun 1975 – Merompak RM5,800 daripada sebuah pusat perjudian haram di Sentul. Hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai sasaran di kawasan bekas lombong di Kepong. Semakin berani apabila mempamerkan senjata api di tempat terbuka iaitu Pasar Sentul.

20 Julai 1975 – Merompak RM95,000 dari sebuah bank di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Merampas tiga pistol milik tiga anggota polis. Merampas senjata api milik pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bar di Sentul. Mencabar sesiapa saja di Kelab Kereta Api Sentul untuk beradu kehandalan menembak ala koboi dalam rompakan di situ.

26 Oktober 1975 – Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil rompakan sekali lagi digunakan untuk membeli senjata api di Thailand. Dia kemudian memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Menyedari kedudukannya sebagai ketua mula terancam kerana ada yang cuba mencabarnya, Botak Chin bertindak. Ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan anggota gengnya sendiri iaitu Ah Wong, kemudian ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.

22 November 1975 – Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.

16 Februari 1976 – Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.

11 Jun 1981 – Maut di tali gantung di Penjara Pudu




Last but not least, sehebat2 ko botak chin,segangster gangster ko bunuh ramai orang, last2 mati dekat tali jer? Chinese numbnut..hahaha

13th MAY 1969 - THE TRUTH

Sumber rujukan: analisis jebat must die dan buku tulisan Tunku Abdul Rahman
olahan semula oleh dozzvader.blogspot.com

Assalamualaikum & Kia Ora..

today is 13th MEI 2012. Tau ape sejarah hari ni? 43 tahun dulu, umat ISLAM yang berbangsa MELAYU, ade yang diseksa sampai MATI oleh Chauvinist Cina. Tau sebab ape? sebab ade kalangan orang ISLAM MELAYU sendiri yang bodoh tak boleh diajar sokong DAP, parti yang asalnye PAP.. Parti racist Cina nilah yang bawak keluar Singapura dari Malaysia dulu..Korang ingat org Cina ni puas hati dapat Singapura? Nope brah, they actually want the whole MALAYSIA. Gerakan komunis sampai sekarag tak berhenti.gerakan inilah yg nak buat Malaysia jadi Republik. bacalah..at least nanti kita tau sejarah akan berulang (dah nmpak tanda2 ke arah itu, especially melayu2 bodoh yg sokong pr ni)and jgn salahkan orang lain..bile negare dah tergadai, baru nak tepuk dahi..meh bace meh...

ok la..tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969". buku tersebut menyatakan bahawa :
  1. Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.
  2. Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.
  3. Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.
Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.


Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :
  1. Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.
Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."


Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.
2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.


3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.


5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan 'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar. nota : ada blogger pro pembangkang menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda beliau?!
Tunku mengaitkan -


“The communists however, never left us alone. If they couldn’t carry out open aggression they at least carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed. But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government, declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…


So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency, and they were taken completely by surprise.”

Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.


6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas dijalan-jalan yang sibuk.

7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).


Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.
Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.


PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:


En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)


Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru. (sila Klik Gambar)




slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi jalan (sila klik Gambar)
slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan Komunis dan Rasis Extremis. (Sila Klik Gambar)

Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.


Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.

Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan (sila Klik Gambar)


Seperti
kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan
memasuki kawasan penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara
terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.


antara provokasi penyokong Gerakan dan DAP (Sila Klik Gambar)


Mesej terakhir pembangkang sebelum tragedi tercetus (sila Klik Gambar)


Ejekan terakhir (Sila Klik Gambar)


Tragedi bermula. Aku lampirkan keratan dari buku Tunku.

Bab X

Mabok "Kemenangan"

Muka
87 ... Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2
pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2
politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah
DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak
sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.
Dengan
kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak
disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2
itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya.
Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut
'kemenangan' mereka.

Pada
pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi
dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah
meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh
anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat
perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula
telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya,
hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis.
Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan
Gerakan.

Muka
90 ...Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang
penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan.
Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak
di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila
kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis
pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan
mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan
yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas
kejadian itu.

Perarakan
haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2
menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu
telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang
terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan
Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan
itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan
orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran
mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Bab XI Api Menyala Malam

Muka 98

...
Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan
mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka
yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar
Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99

...
Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan
sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah
menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan
di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100

...
Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu,
satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan
bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam
mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101

Tidak
lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan
satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa
beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus
di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2
Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok
membantu.

Muka 106

...
Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api
kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang
terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan
dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu
sa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan
segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan
Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga
menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2
bahagia sa-kali di-dalam dunia.

Muka 109

...
Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2
perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah
menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala
ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak
mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja
Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang
berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi.
Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah
di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang
meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam
sejarah Malaysia.












hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari petualang agama, bangsa dan negara ini. Amin.